Thursday, December 26, 2013

Konsol Sony PlayStation 4 Mula Dijual Di Malaysia


Seperti dijanjikan, pihak Sony Malaysia telah pun mula menjual konsol permainan terbaru mereka – PlayStation 4 di Malaysia bermula hari ini, 20 Disember.
PlayStation 4 dijana menggunakan cip pemprosesan AMD, dan pihak Sony dilihat memfokuskan kepada bentuk permainan sosial, termasuk integrasi butang Share pada Controller permainan.

Controller untuk PS4 pula dikenali dengan nama DualShock 4, dimana turut menyertakan sebuah touchpad, dan hadir dengan sokongan Light Bar yang boleh turut berhubung ke PlayStation Camera.
Di Malaysia, PlayStation 4 dijual pada harga RM1799 untuk set konsol PlayStation 4 (yang turut hadir dengan satu DualShock4). Pilihan kombo dengan PlayStation Camera dijual pada harga RM1899.

Sumber: Amanz Blog.

No comments:

Post a Comment