Thursday, December 26, 2013

Konsol Sony PlayStation 4 Mula Dijual Di Malaysia


Seperti dijanjikan, pihak Sony Malaysia telah pun mula menjual konsol permainan terbaru mereka – PlayStation 4 di Malaysia bermula hari ini, 20 Disember.
PlayStation 4 dijana menggunakan cip pemprosesan AMD, dan pihak Sony dilihat memfokuskan kepada bentuk permainan sosial, termasuk integrasi butang Share pada Controller permainan.

Controller untuk PS4 pula dikenali dengan nama DualShock 4, dimana turut menyertakan sebuah touchpad, dan hadir dengan sokongan Light Bar yang boleh turut berhubung ke PlayStation Camera.
Di Malaysia, PlayStation 4 dijual pada harga RM1799 untuk set konsol PlayStation 4 (yang turut hadir dengan satu DualShock4). Pilihan kombo dengan PlayStation Camera dijual pada harga RM1899.

Sumber: Amanz Blog.

Thursday, December 12, 2013

GTA San Andreas Dilancarkan Untuk iOS.

Seperti yang dijanjikan oleh pihak Rockstar, hari ini mereka telah pun menerbitkan permainan GTA : San Andreas, membolehkan mereka yang menggunakan peranti iOS memuat-turun.
GTA : San Andreas merupakan salah satu permainan yang telah dikeluarkan untuk beberapa konsol dan juga desktop pada tahun 2004 yang lepas.
Dengan penggunaan peranti mudah-alih yang meningkat dari hari ke hari, pihak Rockstar telah menerbitkan semula beberapa permainan mereka, dan kini adalah permainan GTA : San Andreas.
GTA : San Andreas untuk iOS ini dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih, disamping membawakan beberapa kemaskini dari segi grafik dan paparannya.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun permainan GTA : San Andreas ini pada harga $6.99 di Apple AppStore.
Muat-Turun: GTA San Andreas.

Sumber: Amanz Blog.

Hanya menyokong iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 5s, iPhone 5c, iPod Touch 5, iPad 2, 3 & 4, iPad Air, iPad Mini dan iPad Mini Retina.

Saturday, December 7, 2013

PS4: Belajar Menaip Dengan DualShock 4.




Masa konsol dulu-dulu punyer punya-lah payah! Nak guna butang D-pad-la dan butang X. Tetapi sekarang konsol makin lama makin berubah. Tak payah nak guna semua tu! Nak tahu lebih lanjut? Tonton video di bawah ini.


Xbox One Tips.





Sekarang ramai orang kat luar negara memang marah sangat dengan Xbox One. Sebab itu-lah, sebab ini-lah. Memacam. Haih... Ada orang yang siap kata "I've spent more than $300! Curse you Xbox One! Curse you!". Haih... Tapi hari ini saya akan "Upload" video Xbox One tips.



Thursday, December 5, 2013

Animonsta Akan Mengeluarkan Game Boboiboy Pada Peranti Android Dan iOS.

Terdapat beberapa permainan Boboiboy untuk peranti mudah-alih hari ini, dan nampaknya pihak Animonsta akan memperkenalkan satu lagi Game baru untuk para peminat siri animasi Boboiboy tidak lama lagi.



Daripada gambar yang ditunjukkan, Game berkenaan kelihatan seperti sebuah Game berbentuk R.P.G. Namun, ia tidak dapat disahkan. Menurut pihak Animonsta, ia masih pada peringkat ujian alpha buat masa ini, dan masih belum siap sepenuhnya.
Animonsta dijangka akan mengumumkan Game ini kepada umum pada acara Comic Fiesta akan datang. Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak info berkenaan dengannya menjelang acara tersebut yang akan diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.
Sumber: Amanz

Wednesday, December 4, 2013

Xbox 360 Masih Mampu Bertahan Lima Tahun Lagi: Microsoft.

Microsoft memastikan yang sokongan pada Xbox 360 masih akan diteruskan, setidaknya hingga lima tahun ke depan.

Dengan keluarnya Xbox One akhir tahun ini, Microsoft tidak terus mengabaikan platform generasi sebelumnya – Xbox 360. 

Salah satu staff Microsoft – Yusuf Mehdi optimis Xbox 360 masih dapat dijual lebih dari 25 juta unit dalam lima tahun ke depan. Dia yakin dalam tempoh masa ni, konsol Xbox 360 akan berjalan seiring dengan Xbox One.



Ia juga diikuti dengan beberapa game yang tetap dipersiapkan untuk Franchise yang akan datang. Tapi, Microsoft sendiri dah pasti yang Xbox One tidak boleh main game Xbox 360.

Bagi anda yang ada Xbox 360 yang cadang nak beli Xbox One tapi masih lagi menabung, masih ada waktu setidaknya lima tahun untuk anda main Xbox 360.

Tapi, atikel ini diambil dari beberapa laman web dan media social. Saya tak pasti yang ini akan berlaku. Mungkin.

Tiada Lagi Game Untuk Xbox 360/ PS3 Pada Tahun 2015: Ubisoft.

Publisher video Game Ubisoft pasti akan berhenti unuk menghasilkan Game untuk PS3 dan Xbox 360 pada tahun 2015. Ini disebabkan Publisher dari Perancis ni mahu mengurangkan kos dan cuma fokus pada konsol Gen baru, PS4 dan Xbox One.


Ubisoft merupakan salah satu Publisher game yang mengeluarkan Game untuk pelbagai platform, seperti Assasin's Creed 4: Black Flag.

Tapi Pengurusi
Ubisoft, Yves Guillemot, berkata Ubisoft akan mengurangkan keluaran Game mereka di PS3 & XBOX 360 pada 2014 dan akan berhenti pada 2015.

"Bahagian dari pengurangan kos ini disebabkan tahun ini kami kena membuat
Game untuk konsol2 lain, jadi kami cadang akan mengurangkannya pada tahun depan, dan selepas itu tidak akan ada lagi Game untuk platform PS3 & Xbox 360," kata Guillemot.

"Jadi, kami akan membuat lagi
Game untuk konsol sebelumnya, tapi akan berhenti lepas tu. Kami tak akan hentikan semua siri Game dari Ubisoft untuk PS3 & Xbox 360, tapi sebahagian besar akan masuk ke PS4 & Xbox One."

Tapi, atikel ini diambil dari beberapa laman web dan media social. Saya tak pasti yang ini akan berlaku. Mungkin.

Sunday, December 1, 2013

PS Vita TV Akan Dijual Bermula Pertengahan Januari 2014.

Sejak PlayStation Vita TV diperkenalkan beberapa bulan lepas, ramai yang tertanya-tanya berkenaan bilakah ia akan hadir ke pasaran Malaysia. Berkongsi hari ini, pihak Sony mengatakan ia akan ditawarkan bermula pertengahan Januari 2014 nanti.


PSVita TV berfungsi sebagai sebuah Set Top-Box untuk televisyen, membolehkan pengguna memainkan permainan PlayStation Vita, disamping mana turut mengikuti pelbagai kandungan berbentuk video dan multimedia terus pada televisyen.
PS Vita TV juga turut sama menyokong Remote Play daripada PlayStation 4.
Harga dan tarikh pelancaran rasmi untuk Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Kalau tak faham tonton video dibawah.




Sumber: Amanz

Angola Negara Pertama Haramkan Islam.

Sebelum ni kita tahu yang pada masa dahulu negara Turki tidak membenarkan orang-orang Islam di Turki membaca Al-Quran dalam Bahasa Arab. Tetapi meraka membenarkan orang-orang Islam di Turki membaca Al-Quran dengan Bahasa Turki. Dan sekarang, orang-orang Islam di Turki dibenarkan membaca Al-Quran dalam Bahasa Arab. Tetapi berita ini adalah paling mengejutkan umat Islam di seluruh dunia. Lihat gambar untuk pengetahuan anda dengan lebih lanjut.


Sejauh manakah usaha dakwah kita, apabila ada penentangan terhadap agama islam maka kita mula berasa marah serta resah gelisah. Pastikan kita adalah salah seorang dari pembela agama Allah di muka bumi ini!. 
lakukan lah apa sahaja usaha kebaikan di atas nama islam.

Allahumma sholli a'la sayyidina Muhammad..

Call of Duty: Ghosts Perbandingan Grafik Dari Gen Lama (PS3/Xbox360) Dengan Gen Terbaru (PS4).

PS4 grafiknya agak epik dan nampak macam realiti. Tapi kalau diantara PS3 dan Xbox 360, Xbox 360 nampak lebih epik berbanding PS3. Kalau nak tahu lebih dalam lagi? Tonton video ni.



So, PS4 grafiknya nampak lebih cantik
& realiti, kan?

"Unknown" Selamatkan Seorang Lelaki.

Tak tau la betul ke tak CCTV ni. Tapi, yang saya tahu mungkin manusia macam ni memang wujud. Tapi mungkin dia sembunyikan identitinya.


"The Next Generation".

"The Next Generation". 3 perkataan yang sering diucap oleh gamers bila unboxing PS4 & Xbox One. Tapi tahukah anda, the next generation bukan macam itu. Ia begini. Tengok gambar dibawah.


And that's the next generation.

Pelakon Fast and Furious, Paul Walker Meninggal Dunia dalam Kemalangan.

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California semalam.



Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.



Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.



UPDATE-1: Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.
Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.



Tapi, masa pukul 12:30 a.m. Saya mendapat tahu yang Paul Walker mula sedar. Tetapi, saya juga tidak pasti ianya betul atau tidak.

Battlefield 4: Xbox One & PS4 Perbandingan Grafik.

Sekarang, dah ramai orang beli PS4/Xbox One. Tapi, PS4 dan Xbox One kebanyakanya masih US version. Tapi hari ni saya nak tunjuk video perbandingan grafik Battlefield 4. Dengan menggunakan konsol PS4 dan Xbox One. So, check it out.