Thursday, January 23, 2014

DualShock 4 boleh digunakan menggunakan PlayStation3.



Main PS3 dengan menggunakan
|
|
|
|
|
|
V
DualShock 4?


Dengan adanya PlayStation 4. Ramai Gamer ingin menggunakan DualShock 4 ke PS3. Agak-agaknya boleh tak? Ramai kata boleh dan ramai kata tak boleh. Tetapi memang tidak kalau Mikro U.S.B tidak dimasukkan ke Mikro U.S.B Port DualShock 4. Kalau nak guna Mikro U.S.B. Ianya dijual berasingan dan tidak dijual sekali dengan DualShock 4. Tetapi, banyak Game tidak boleh dimain dengan DualShock 4! (Tak boleh main la pula!).



Adakah roh mempunyai berat?


Ini lah Dr. Mcdougall. Orang yang menimbang berat berat roh manusia. Yang peliknya roh manusia yang telah mati ialah lebih kurang 200-500g. Teteapi yang lebih peliknya. Nabi Muhammad pun tak tau bentuk roh. Ini pula berat badan roh manusia. Jika haiwan pula. Tak silap saya sama dari berat badan haiwan dan berat roh haiwan. Jadi, janganlah percaya dengan ahli saintis barat. Kerana mereka ingin membawa kita ke arah sesat. 

Salji? Akan turun?! Di Malaysia?!!!

Sekarang dah banyak dah... Facebook dan keratan akhbar kecoh tentang Malaysia (Asia) akan dilanda salji. Dan juga, Indonesia utara telah pun dilanda salji!!! Apa kes!!! Keratan akhbar pun tulis yang Terengganu akan dilanda salji minggu hadapan!!!



Saya pun berdoa juga... Ya Allah ya tuhanku, ku berharap satu Malaysia akan dilanda salji yang biasa dan kiamat mu belum dekat... Amiin... 




Dan yang peliknya juga. Negara utara sekarang dah sejuk sangat. Kat Kedah (Kampung saya kat Kedah), dari pagi sampai malam semua sejuk. Air sejuk, angin sejuk dan macam-macamlah sejuk. Dan sekarang sama-samalah kita berdoa yang dunia ni belum kiamat lagi... Amiin... Video di bawah adalah rakaman fenomena kejadian 'SnowFall' di Indonesia...



Update: Masa pukul 9.50 a.m. 24/1/2014. Jab. Metreologi Malaysia cakap "Angin sejuk semenjak-semenjak ini, adalah angin dari Tembok Besar China... (Huhu... Tak ada dah salji...).

Wednesday, January 22, 2014

Thursday, December 26, 2013

Konsol Sony PlayStation 4 Mula Dijual Di Malaysia


Seperti dijanjikan, pihak Sony Malaysia telah pun mula menjual konsol permainan terbaru mereka – PlayStation 4 di Malaysia bermula hari ini, 20 Disember.
PlayStation 4 dijana menggunakan cip pemprosesan AMD, dan pihak Sony dilihat memfokuskan kepada bentuk permainan sosial, termasuk integrasi butang Share pada Controller permainan.

Controller untuk PS4 pula dikenali dengan nama DualShock 4, dimana turut menyertakan sebuah touchpad, dan hadir dengan sokongan Light Bar yang boleh turut berhubung ke PlayStation Camera.
Di Malaysia, PlayStation 4 dijual pada harga RM1799 untuk set konsol PlayStation 4 (yang turut hadir dengan satu DualShock4). Pilihan kombo dengan PlayStation Camera dijual pada harga RM1899.

Sumber: Amanz Blog.

Thursday, December 12, 2013

GTA San Andreas Dilancarkan Untuk iOS.

Seperti yang dijanjikan oleh pihak Rockstar, hari ini mereka telah pun menerbitkan permainan GTA : San Andreas, membolehkan mereka yang menggunakan peranti iOS memuat-turun.
GTA : San Andreas merupakan salah satu permainan yang telah dikeluarkan untuk beberapa konsol dan juga desktop pada tahun 2004 yang lepas.
Dengan penggunaan peranti mudah-alih yang meningkat dari hari ke hari, pihak Rockstar telah menerbitkan semula beberapa permainan mereka, dan kini adalah permainan GTA : San Andreas.
GTA : San Andreas untuk iOS ini dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih, disamping membawakan beberapa kemaskini dari segi grafik dan paparannya.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun permainan GTA : San Andreas ini pada harga $6.99 di Apple AppStore.
Muat-Turun: GTA San Andreas.

Sumber: Amanz Blog.

Hanya menyokong iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 5s, iPhone 5c, iPod Touch 5, iPad 2, 3 & 4, iPad Air, iPad Mini dan iPad Mini Retina.